Saturday, October 31, 2009
JAMUAN AKHIR TAHUN
Pada 29 Oktober 2009, Kelab Guru dan Kakitangan SKSK telah mengadakan Jamuan Akhir Tahun yang berlangsung di SSL TRADERS HOTEL, Kamunting... Program sebegini adalah bagi memastikan hubungan antara guru dan staf akan terus terjalin tanpa sebarang sengketa..
Majlis ini dipengerusikan oleh Pn Siti jamilah yang mana dipilih secara mengejut pada malam itu... (tp xpe, ct ni mmg pakar dalam bahasa hehehehe).. majlis diteruskan dengan ucapan oleh Pengerusi kelab iaitu Pn. Sabah Yaacob (tahniah kak bah) dan ucapan oleh Guru besar En. Ghazali kasim (steady lah cikgu)... oh ye, tak lupa bacaan doa oleh Ustaz Shukri....
setelah ucapan ringkas dan bacaan doa, maka sesi menjamu selera berlangsung.. wah, hebat2 jugak lauk dan semua hidangan yang ader... sedap2 nampaknya.. tak rugi la bayar sorang rm35 kan... kan kan kan... huhuhuhuuu... sambil2 mkn, ada acara cabutan bertuah.. 2 org drpd PPKI cukup bertuah iaitu kak eizan dan Azrun.. caya lah korang.... utk semua guru dan staf, diberikan sedikit cenderahati daripada kelab.... (thn depan cari hadiah yang grand lg tau..hihihi)
dipendekkan cerita, selesai acara penyampaian cenderahati, semua bergambar sebagai kenang kenangan... dan seperti biasa, group PPKI adalah anatara yang paling suka bergambar.. hiks... biasa la, pantang nampak camera, semua nak sengih kan... biasa la, bergambar tu kan sebagai simpanan kenangan... punyalah seronok, sampaikan timbul kontroversi pulak dlm bergambar .. isk3... mcm2 la org nie.. takleh tgk kegembiraan org lain la... hehehe tp takpe, no hal.. yang baik jadikan teladan, yg buruk jadikan sempadan... sama2 perbaiki diri k....
apapun, semoga majlis sebegini dapat diteruskan pada masa hadapan...
terima kasih pada semua!!!!!!!!!!!!
Tuesday, October 27, 2009
MTQ DAERAH KERIAN
Tempat: SMK Alor Pongsu
Tarikh: 15 Okt 2009
Johan:
~Hafazan L - Mohamad Syamil Mahamud
~Hafazan P - Norhidayati Othman
Naib Johan:
~Tilawah L - Mohamad Syamil Mahamud
~Tilawah P - Nur Amani Nazlin Mohamad Amin
Ketiga:
~Azan - Mohammad Ridzuan Sallih
~Hafazan P - Siti Nurul Husna Suhaimi
Saturday, October 24, 2009
Jamuan Raya PPKI SKSK
Inilah saat yang dinantikan.. Jamuan Hari raya yang dianjurkan oleh PPKI SKSK yang diasakan pada 08.10.2009.... hmmm memang meriah... makanan pon best2 belaka... huhuhuu... terima kasih kepasa semua warga PPKI yang memastikan majlis ini berjalan dgn lancar... thn dpn kita wat yg lg grand ok!!!!!
Sambutan Raya (Sekolah)
Berikut merupakan beberapa keping gambar semasa majlis berhari raya peringkat sekolah. Menu bihun sup pada hari tersebut memang sedap sangat.. ramai gak yang membungkus.. hahahahahahaa....
apapun...
SELAMAT HARI RAYA
&
MAAF ZAHIR BATIN
Monday, July 13, 2009
PISANG DAN HATI
Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.
Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.
Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.
“Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya” beritahu Cikgu Maryam.
Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg. Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungutdan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.
Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.
“Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?” tanya Cikgu Mayam.
Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.
“Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu” beritahu Cikgu Maryam.
Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci…!
Thursday, July 9, 2009
Apa Yg Penting????
"KERJASAMA"
Program : Minggu Kecerdasan/Gotong Royong
Tarikh: 08.07.2009
Masa : 3.30 ptg - 5.30 ptg
Penglibatan: Semua guru dan murid SKSK
Saturday, May 30, 2009
SITI WEDDING
...SELAMAT PENGANTIN BARU....
berikut beberapa keping gambar semasa majlis perkahwinan siti zauwiyah bersama pasangannya yang berlangsung pada 30 Mei 2009. Siti merupakan bekas pembantu pengurusan murid prasekolah pendidikan khas di SK Sg Kepar. Semoga berbahagia yer daripada warga PPKI SKSK....
BESDAY PARTY
...SELAMAT HARI LAHIR...
...SEMOGA PANJANG UMUR...
...DIMURAHKAN REZEKI...
...SENTIASA DIBERKATI...
berikut beberapa gambar kenangan semasa sambutan hari lahir untuk warga PPKI SKSK yang menyambut hari lahir dari bulan Januari hingga Jun.. memang meriah... thanks pada Kak Ara yg byk sponsor pada kali ini... nanti buat lg yer... hehehehhee
Wednesday, May 20, 2009
CERIA DI SURIA
waaah!!! seronoknya hari nie... sekali lg kami semua ke Suria Laketown Resort utk program terapi air. penat mmg penat, tp yang pasti, semua ENJOY!!!!
Tuesday, May 19, 2009
NEW GSTT
ha, ni la dia 2 orang GSTT yang baru je masuk ke PPKI SKSK bermula 18 Mei 2009.. diharap kedatangan anda berdua akan membantu kami untuk terus memastikan murid-murid pendidikan khas ini terus maju ke hadapan.... bantuan dan kerjasama dari anda berdua sangatlah kami hargai...
...SELAMAT DATANG KE PPKI SKSK...
Sunday, May 17, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)